MYEG kini masih lagi berada pada kawasan rintangan kuat, dan volume menunjukkan minat pembelian tinggi kembali untuk membawa harga terus trending tinggi
-Masih lagi berada pada mode uptrend, kini trading pada atas EMA50 dan SMA200. Kekuatan uptrend juga boleh dikesan melalui garisan uptrend pada carta (respecting the uptrendline) -Harga sedikit gap up, selepas berjaya melepasi trendline/triangle pattern namun masih mendapat tekanan daripada penjual. -Aras 1.53 merupakan kawasan sokongan menjadi rintangan. Untuk sejarah carta, ini merupakan kali ke-6 untuk harga retest pada harga tersebut. -Jika berjaya melepasi kawasan rintangan kuat ini, maka dijangkakan harga akan terus rally dan akan retest pada rintangan seterusnya pada 1.61 dan 1.75. -Melalui analisis queue dagangan unit juga nampak harga cuba ditahan daripada harga terus jatuh (big fund) -Sokongan pada aras EMA50 iaitu pada 1.46. Monitor untuk momentum pembelian untuk harga keluar daripada rintangan.