Saham BancFirst dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Pergerakan harga dilihat seakan mencari sokongan setelah klimaks belian dilihat dengan volum tinggi beberapa minggu lalu
Sokongan dinamik MA50 harian dan juga MA20 mingguan dilihat masih bertindak menahan kejatuhan harga (tidak ditunjukkan)
Selagimana harga belum memecahkan sokongan saluran menaik, harga dikatakan masih cenderung membuat kenaikan
Tidak mustahil hasil perolehan yang berlaku pada malam ini akan memberi kesan samada harga mampu bertahan atau membuat kejatuhan
Ke manakah halatuju harga? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!