CAREPLUS GROUP BERHAD

CAREPLS- Corak Carta Cup

103
Sektor/Bidang perniagaan:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- Sebagai rujukan carta harian kaunter CAREPLS , CAREPLS telah melakukan breakout pada garisan menurun dan menandakan trend sebelumnya iaitu trend menurun berakhir
- Garisan ema 50 di jadikan support terdekat bagi kaunter CAREPLS/
- Volume belian juga dilihat bertambah.
- Corak carta CAREPLS membentuk corak CUP dan strategi pembelian berdasarkan corak carta Cup boleh digunapakai.
- Indikator Gann Square 9 digunapakai bagi menentukan paras rintangan dan support yang boleh dijadikan rujukan sepanjang belian
- Indikator RSI juga menyokong bahawa CAREPLS mempunyai momentum untuk menyambung kenaikan.
- Paras harga CAREPLS betul-betul berada di atas garisan support. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume .

Dari sudut fundamental

- Secara keseluruhannya, syarikat CAREPLS merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.

- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan CAREPLS mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 123.54 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 42.30 juta.

- EPS semasa syarikat iaitu 44.52 membuktikan stok CAREPLS adalah stok undervalue.

- Kenaikan kes Covid19 di seluruh Negara termasuklah Negara Malaysia disebabkan virus Covid19 varian delta boleh dijadikan cataylst kenaikan permintaan sarung tangan.


Berdasarkan analisis saya untuk bacaan saudara?.Apakah keputusan saudara?...Pepatah berbunyi 'Tepuk dada tanya selera'.


PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。