Pasaran hadapan CPO dilihat bergerak membuat kenaikan setelah harga membuat kejatuhan beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang masa harian dilihat menunjukkan harga bergerak mematuhi sokongan Harga dilihat berada berdekatan garisan rintangan fibonacci namun masih belum menyentuh paras rintangan kritikal 0.382/0.5/0.618 Melihat pada lilin harian, pergerakan harga juga dilihat seakan membentuk corak carta bendera Walaubagaimanapun tidak mustahil juga untuk harga membuat kenaikan semula membatalkan corak carta sekiranya terdapat pemangkin Selagimana harga belum memecahkan sokongan atau rintangan adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Adakah harga akan terus melemah ataupun sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!