Sektor: - Industrial Products, Personal Goods, Consumer Products & Services, Green Tech, Solar.
Idea analisis: - Sudut Fundamental telah dikupas pada posting sebelum. - Dari sudut Teknikal, KPOWER dilihat masih berada di bawah MA 50 menandakan masih dalam keadaan downtrend untuk mid term. - KPOWER dilihat beberapa kali rebound di garisan fibo 0.5. - Stochastic RSI juga cross up di paras oversold menguatkan lagi fibo 0.5 ini sebagai support baru terkuat bagi KPOWER. - Jika mengikut teori descending triangle, harga kebiasaanya breakdown tetapi KPOWER dilihat telah berjaya BDTL tetapi dengan volume yang kurang memberangsangkan. - Walaubagaimanapun, KPOWER berjaya mengekalkan harga di atas downtrend line untuk hari berikutnya. - Terdapat dua lagi garis penting yang merupakan resistance bagi KPOWER yang perlu dilepasi: 1) MA 50 (Perhatikan sebelum ini, harga masih belum berjaya tutup di atas MA 50). 2) SBR dalam lingkungan harga RM 2.250 - RM 2.310. - Jika harga mampu tutup di atas MA 50 dan SBR, harga berpotensi untuk meneruskan kenaikan yang pernah dicipta sebelum ini.
Nota kaki: * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan. * Breakdown = Harga memecahkan support. * SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan. * Untuk maklumat tambahan mengenai descending triangle dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.