OCK (Kembali Mengaum Setelah Berehat di atas Tiga Persinggahan)

Sektor:
- Trading & Services, Power Utilities, IT Solutions/ IT Product, M&E, Telco, Green Tech, 5G, Telecommunications & Media, Telecommunications Service Providers.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, OCK dilihat konsisten membuat keuntungan. Walaubagaimanapun, keuntungan OCK QoQ dan YoY adalah menurun masing² sebanyak -15.5% dan -8.67%. Hasil (revenue) OCK juga menurun YoY sebanyak -0.13% tetapi meningkat QoQ sebanyak 12.44%.
- Dari sudut Teknikal, OCK telah berjaya breakout dengan memecahkan resistance RM 0.470.
- Kemudian OCK membentuk descending triangle dengan menjadikan RBS dan Fibo 0.382 sebagai support.
- Jika mengikut teori descending triangle, harga kebiasaanya akan breakdown iaitu memecahkan support dan meneruskan penurunan tetapi berlaku sebaliknya pada OCK.
- OCK berjaya rebound di atas tiga garisan:
1) Fibo 0.382.
2) RBS.
3) Trend line.
- Rebound yang berlaku di atas fibo 0.382 memberi signal bahawa kekuatan uptrend OCK adalah lemah (weak).
- Selepas rebound, OCK BDTL dengan volume signifikan iaitu 3 kali ganda daripada volume sebelumnya. MACD juga membuat golden cross menunjukkan signal buy.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Golden cross = 'Line MACD' (rujuk garisan berwarna biru) cross up 'line signal' (rujuk garisan berwarna merah) di atas paras 0.
* Untuk maklumat tambahan mengenai descending triangle dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham


#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
5gbdtlDescending TriangleFibonacciFibonacci RetracementFundamental AnalysisgoldencrossockRBSswingTrend Lines

更多:

免責聲明