Heheh. Opcom tak ada kena mengena dengan shampoo, cuma analisa teknikalnya sahaja yang ada kena mengena dengan shampoo Head & Shoulders.
Opcom dilihat sedang membuat corak Inverse Head & Shoulders. Ini merupakan corak carta yang memberi isyarat Bullish Reversal (ada peluang untuk naik jauh setelah selama ini dalam penurunan).
Paras harga 1.12 merupakan Neckline dan kini ia dalam proses menyiapkan Right Shoulder.
Jika benar ia membuat corak Inverse Head & Shoulders maka dijangkakan ia akan naik menuju 1.32 setelah melepasi Neckline 1.12.
Yang mana kemudian itu dijangka pula akan adanya retracement atau sedikit penurunan lebih kurang 23.6% iaitu pada harga 1.21.
Setelah berlakunya retracement tersebut barulah kita akan dapat lihat samaada ia akan meneruskan kenaikan ataupun ia kembali kepada trend menurun.
Sekiranya ia membuat pullback reversal setelah retracement dan bukannya dead cat bounce, maka jangkakan harga akan mula rally (naik dengan banyak/panjang). Untuk yang itu mungkin kita akan lihat di kemudian hari =)