SERBADK: Misi mencari dasar (Siri 1) Paparan TF Mingguan

375
Serba Dinamik nama yang asyik dibincangkan secara hangat dikalangan para trader dan pelabur. Berberapa siri kejatuhan menjadikan keyakinan untuk melabur kian pudar. Dari hari kehari penurunan mencari dasar untuk berpaut sebelum membuat pendakian dibina, dan semakin lama semakin rendah harga yang disinggahi.

Persoalannya dimanakah harga support yang ideal?

Berdasarkan carta mingguan ini dapat kita lihat, support terendah ialah kejatuhan pertama ketika IPO mula disenaraikan iaitu pada harga 0.72.

Secara logiknya, ramai yang berimpian untuk memiliki saham Serba Dinamik dan pasti ramai yang menunggu pada harga tersebut. Namun situasi sebenar ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan untuk memasukkan dana pelaburan, risau ia akan jatuh lebih rendah.

Pilihan di tangan anda, buat pilihan yang tepat.

Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Namun lebih teruk lagi, jika anda langsung tiada membuat perancangan.

免責聲明

這些資訊和出版物並非旨在提供,也不構成TradingView提供或認可的任何形式的財務、投資、交易或其他類型的建議或推薦。請閱讀使用條款以了解更多資訊。