Analisis Widad
Widad kelihatan telah menyiapkan 3 gelombang korektif ABC dalam bentuk Zigzag (5 - 3 - 5). Pendapat ini disokong oleh garisan Saluran Menurun yang berjaya ditembusi oleh Widad. Harga juga telah membuat korelasi A = C yang sangat sinonim dengan ratio pergerakkan korektif.
Buat masa sekarang, Admin berpendapat bahawa Widad sedang dalam Gelombang 3 dari 5 gelombang ke atas.
Pendapat ini valid sekiranya Widad berjaya membuat satu lagi ketinggian (wave 5) selepas satu Retracement (untuk Wave 4), dengan syarat retracement ini tidak membolosi kawasan Wave 1 (kotak biru).
Sekiranya retracement ini memasuki kawasan Wave 1, bermaksud Widad hanya membuat 3 gelombang kenaikan, dan admin berpendapat bahawa ada lagi kejatuhan untuk Widad.
Bagus untuk diperhatikan esok hari.
Abang Doji.
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。