PeterTing

*REPOST* Pemegang INARI sila berwaspada

MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD
Salam kepada semua

Berikut adalah analisa teknikal saya buat INARI..


1.Wujudnya corak “double-top” dan “head & shoulders” menunjukkan harga pembetulan akan berlaku. Dari harga paling tinggi dicapai, harga sudahpun
menjunam sebanyak 25% dan menutup pada paras 1.90.

2.Candlesticks sudah bertukar ke warna kuning, menunjukkan trend signal yang lemah dan harga sudahpun menurun banyak.

3.Harga sekarang berada di bawah sokongan EMA200. Dari segi EMA , ini adalah downtrend buat jangka masa panjang

4.Menurut unjuran Fibonacci, harga mungkin akan berlegar di antara paras 78.5% (1.80) and 50% (2.07). Dari situ kita akan perhatikan dan tunggu breakout
untuk menentukan hala tuju INARI.

Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。