1) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana indikator Stoch RSI telah bersilang di atas paras 30 menunjukkan perubahan momentum pembelian.
2) Candle juga berada diatas mid bollinger band iaitu MA20, menunjukkan pembelian pada waktu ini adalah pembelian yang selamat.
3) Candle juga berada diatas MA20 dan MA50, trend jangka panjang dan sederhana dalam keadaan uptrend dan menaik.
4) Indikator MACD juga berada diatas paras 0, tetapi garisan signal dan MACD masih belum bersilang. Melihat pada gerakan garisan semestinya tidak lama lagi garisan pasti akan bersilang.
5) Keyakinan terhadap kaunter ini adalah baik, jika dilihat pada kemasukan volume pembelian yang besar sejak pertengahan Januari yang lepas dan minat pembelian berterusan sehingga hari ini.
6) Kaunter ini juga dilihat mencipta base baru pada harga 1.120-1.140.
7) Bagi saya kaunter ini menarik jika dapat melepasi dan tutup pada harga tertinggi terdekat pada 1.160.
Technical Indicatorsmac19Trend Analysis

免責聲明