MALAYSIA STEEL WORKS – BREAK OUT WITH HIGH VOLUME

As salam dan salam sejahtera traders semua

Minggu yang menarik kan?
Nampak gaya FBMKLCI in a bullish mode ya, but!! Jangan confidence sgt ya sebabnya market dah OVERSOLD, so expect a correction soon. Hopefully kali ni correction yang sihat bukannya terjun tiruk macam bulan June hari tu ye

MASTEEL
Jika anda dah lama trade di dalam bursa, anda tahu kaunter ini antara yang pertama akan berikan hint jika saham saham sector besi dan aluminium akan naik. So dengan adanya break out hari ni saya jangkakan yang lain lain ikut serta jika break out mampu sustain.

So jika di lihat pada price chart MASTEEL ini pada TF Daily, kita boleh lihat ia telahpun habis daripada fasa downtrend yang terdahulu dengan kemampuan harga break downtrend line pada akhir July yg lalu. Tetapi yang penting di sini, break out yang berlaku adalah disertai dengan volume yang baik.
Ini menunjukkan wujudnya INTEREST dari para pelabur yang mana saya rasakan mereka bersetuju yang harga MASTEEL sudah pun berada pada paras BOTTOM dan cukup ‘ripe’ untuk di petik.
Jadi Jerung jerung test market dengan spike up beberapa hari dan di sambut oleh retailers. So all good.

Hari ini dapat dilihat pergerakan besar daripada kaunter ini dengan BREAK OUT yang sangat meyakinkan yang mana ia break RESISTANCE 0.755 dan tutup di atas.


WILL IT CONTINUE?
Confirmation break out ini ialah pada hari esok, siapa yang dah Berjaya masuk hari nib oleh nantikan untuk tambah lagi esok jika harga mampu maintain di atas paras resistance untuk membolehkan resistance ini bertukar kepada support. SELLERS turn to SUPPORT.

TRADING IDEA
Saya akan pick up esok jika ada diskaun kala harga turun sedikit hasil penjualan day trader. Tetapi jika tidak berlaku, saya tidak akan terburu buru untuk mengejar, saya akan tunggu paras HIGHER LOW yang seterusnya.

Supaya anda tidak terlepas mana mana posting terbaru dari saya, sila like/follow saya untuk sebarang idea baru

DISCLAIMER – INI BUKANLAH BUY CALL TETAPI HANYA JOURNAL TRADING SAYA SENDIRI YANG MUNGKIN DAPAT MENJADI PANDUAN KEPADA TRADERS DI LUAR SANA

Halim Hamdan
breakoutTrend Analysis

免責聲明