SAPURA ENERGY BERHAD

Sapura Energy berada di atas garisan tren

58
Sapura energy telah membuat retracement dan kembali ke garisan tren. Adakah ia masa sesuai untuk buy on dip?

Untuk membuat keputusan itu, perkara pertama yang perlu dilihat adalah pada Risk dan Reward.

Kita dapat lihat ichimoku menunjukkan paras sokongan di 0.340 iaitu melalui garis mendatar span B sebelum ini dan juga garis kijun sekarang. Jadi kita boleh mengira risiko untuk kita ambil posisi ini adalah lebih kurang 5% (2 bids bawah paras sokongan).

Rintangan kuat seterusnya pula adalah di 0.455 iaitu peluang pulangan sebanyak 30%.

Nisbah risiko : pulangan = 5 : 30 = 1 : 6

Ini adalah satu nisbah yang sangat baik.

Jika diambil rintangan terdekat iaitu di 0.40 (garisan mendatar awan ichimoku). Pulangannya adalah 14%.

Maka nisbah risiko : pulangan = 5 : 14 = 1 : ~3 . Juga satu nisbah yang baik.

Ingat. Nisbah risiko:pulangan yang baik adalah sekurang-kurangnya 1 : 2

Tiada siapa boleh menjangka pergerakan saham dengan 100% ketepatan. Jadi pengurusan risiko dan pulangan juga pengurusan dana sangat memainkan peranan yang penting dalam mendatangkan kejayaan kepada seseorang trader.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。