Saham syarikat Apple dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Terkini, saham syarikat terbabit dilihat masih bertahan di atas sokongan fibonaci membentuk lilin 'spinning top'
Pembentukan candlestick terbabit menunjukkan arah pergerakan masih lagi bergerak mendatar dan belum menunjukkan halatuju
Namun, jika diperhatikan carta mingguan pergerakan harga dilihat telah membentuk lilin 'bearish engulfing' pada minggu dagangan lalu
Walaubagaimanapun sekiranya minat belian tinggi pada hari terakhir dagangan tidak mustahil akan terbentuknya 'piercing candle' pada selang mingguan
Petunjuk volum pada selang harian sebelum ini menunjukkan masih terdapatnya minat belian
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。