AEMULUS dilihat bergerak dalam trendline menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Pergerakan harga pada selang masa mingguan melihat pembentukan lilin merah Jika diperhatikan pada petunjuk Momentum, terdapat pembentukan 'divergence' tatkala harga melakukan tinggi yang baharu Analisa volum juga mendapati volum semakin berkurang ketika harga membentuk 'High' yang baharu Justeru, boleh dikatakan terdapat kelemahan dalam kenaikan harga dan berpotensi melakukan pembetulan andai tiada minat belian
Boleh diperhatikan bagaimana harga bertindak ketika berdekatan dengan kawasan sokongan / 'support' Sekiranya ia hendak melakukan kenaikan, pastinya akan mematuhi trendline
*Boleh juga perhatikan bagaimana harga bertindak dengan EMA50 dan EMA200 pada selang masa harian
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih