Sektor: - Building Materials, Industrial Products & Services, Steel.
Idea analisis: ~Fundamental~ - ASTINO konsisten membuat keuntungan dan terkini, keuntungan ASTINO bergerak dalam trend menaik. Ini menjadikan keuntungan ASTINO meningkat YoY sebanyak 60.4%. - Kenaikan keuntungan ASTINO ini seiring dengan hasil (revenue) yang mula dilihat menaik untuk 4 quarter terkini (Q2 2020 sehingga Q1 2021). Kenaikan revenue meningkat QoQ sebanyak 17.42% tetapi menyusut YoY sebanyak -6.99%.
~Teknikal~ - Sebelum ini, ASTINO dilihat menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya. - Terkini, ASTINO membuat kenaikan parabolic dan tidak lagi menjadikan MA 50 sebagai supportnya. - Ketika ASTINO pertama kali membuat kenaikan parabolic, harga membuat retracement selepasnya sehingga ke fibo 0.618 sebelum rebound dan breakout. Ini menunjukkan kekuatan kenaikan ASTINO ini adalah kuat (strong). - ASTINO kemudiannya menyambung kenaikan parabolicnya dan berjaya melepasi fibo 1.618. - Hari ini, ASTINO ditutup pada harga 1.650. Ini merupakan paras ATH terbaru bagi ASTINO. - Jika ASTINO mampu bertahan di atas fibo 1.618 iaitu pada paras harga RM 1.620, harga mampu membuat ATH terbaru dengan menuju ke fibo 2.618 iaitu RM 2 yang juga merupakan paras harga psikologi.
Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum. * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum. * Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya bulan Februari. Q1 dalam idea ini adalah pada bulan Mac. * Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya bulan Mei. Q2 dalam idea ini adalah pada bulan Jun. * Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai. * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.