FIRECREST

Analisa CL1! | 2018 : 3/12 hingga 7/12

NYMEX:CL1!   輕原油期貨
Pada carta berganda 2 jam dan carta bulanan CL1! , kami dapati garisan halangan bertukar sokongan telah ditembusi pada minggu lalu. Garisan sokongan (warna jingga) merupakan garisan halangan pada suku pertama 2017 dan ditembusi pada bulan November 2017 (rujuk pada carta bulanan disebelah kanan). Soalannya disini; adakah CL1! akan meneruskan perjalanan ke selatan?

Berdasarkan carta 2 jam (rujuk carta sebelah kiri), pada minggu lepas (minggu ke-48), harga CL1! masih lagi berlegar kawasan sokongan dan halangan (petak biru). Adalah selamat untuk katakan disini, bahawa pedagang mingguan (swing trader) akan mencari peluang untuk mengimbang semula posisi kontrak mereka daripada menjual kepada membeli.

Kami mengambil keputusan neutral bagi analisa minggu ini. Berikut adalah paras sokongan dan halangan yang perlu diperhatikan pedagang harian (intraday trader).

  • Paras halangan: 52.47, 51.79 dan 51.12
  • Paras sokongan: 50.45, 49.78 dan 49.14



免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。