Saham syarikat Cognizant Technology Solution dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang masa mingguan dilihat membentuk corak carta segitiga menaik Harga dilihat masih lagi bergerak di dalam fasa mendatar mematuhi corak carta berkenaan Candlestick dilihat tutup dengan membentuk candle 'morning star' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga menunjukkan kekuatan memecahkan corak carta Rintangan terdekat seterusnya dilihat berada sekitar tanda harga 75.00 USD sekiranya harga hendak membuat kenaikan Namun selagimana harga belum memecahkan corak carta berkenaan, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!