faisalizwan2684

16 Jun 2020 - Buy on Dip EKOVEST

MYX:EKOVEST   EKOVEST BHD
Kaunter ini dalam sektor pembinaan. Dari segi analisis fundamental, rating biasa sahaja.
Rekod pendapatan dan keuntungan untuk tempoh 2016-2019 agak konsisten walaupun margin keuntungan masih malar.
Kaunter ini agak berat memandangkan bilangan unit saham yang melebihi 1 billion.

Bilangan unit saham: 2.655b
Nisbah P/E: 11.35
ROE (%): 4.92

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50. Harga telah pecahkan garisan uptrend pada 12 Jun 2020 dan sekarang berada di atas sokongan.
Nampak telah ada rebound di sokongan dan boleh pantau untuk entry buy on dip.
Indikator stochastic RSI berada di paras oversold.

Sokongan: 0.495
Rintangan 1: 0.610
Rintangan 2: 0.655

Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #FIAR #jun20 #ekovest #bod
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。