zulnureen

FCPO: Arah Aliran masih Jatuh...

看多
MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Pasaran Ekuiti seakan memberi petanda bahawa ia berkemungkinan sedang menuju ke arah aliran jatuh, maka, peluang melabur dan berdagang mungkin semakin berkurangan, namun begitu, ada pasaran FCPO yang mana berkemungkinan menjadi lokasi untuk pedagang pedagang jangka pendek boleh membuat keuntungan, baik dalam arah aliran jatuh, mahupun dalam arah aliran naik.

Melihat pada carta mingguan FCPO untuk mencari arah aliran jangka panjang, dari petunjuk Moving Average untuk mencari arah aliran, ia menunjukkan bahawa arah aliran jangka panjang masih jatuh, dan petunjuk sochastic juga menunjukkan bahawa arah pusingan sudah pun berada di lantai, tapi belum ada petunjuk yang menyokong akan perubahan aliran arah termasuk lah dari petunjuk Moving Average mahupun petunjuk ADX.

Melihat pada petunjuk ADX, kedudukkan ADX yang sedang menaik, memberi petunjuk bahawa trend kejatuhan masih kuat dan mempunyai momentum.

Oleh itu, jika pedagang pedagang FCPO ingin berdagang FCPO, adalah lebih selamat untuk memilih dan mencari peluang berdagang arah aliran jatuh berbanding dengan arah aliran naik. ini hanyalah idea dagangan secara umum, untuk lebih spesifik anda harus melihat pada carta yang lebih singkat, samaada carta jam atau carta 15min untuk mencari peluang peluang dagangan singkat.

Analisa teknikal hanya lah satu andaian dan bukan kepastian berdasarkan pergerakan carta pada masa yang lepas. Analisa teknikal ini hanyalah untuk tujun pembelajaran.

Terima Kasih
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。