TeropongBursa

FCPO carta jam - monitor pergerakan harga untuk Long, atau short

看空
TeropongBursa 已更新   
MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Setelah sekian lama berada dibawah resistance zone (kotak ungu), akhirnya pada 4 september yang lalu, pergerakan harga telah berjaya memecah zon ini dan mencecah paras 2300 setelah sekian lama.

Adat pergerakan harga tidak akan sentiasa lurus, mesti ada zig zag. Sekarang ia sedang dalam fasa retracement, didalam kotak paras resistance yang lama (kini dianggap Support zone, kotak ungu) dan masih dalam trend menaik (uptrend), selagi pergerakan harga berada diatas garisan biru (U1).

Perhatikan pergerakan harga untuk jam-jam seterusnya. Jika harga membuat lantunan (rebound) dari zon ini, maka anda boleh buy dengan target 2280 (R1) dan 2298 (R2). target ini boleh dipakai selagi harga berada diatas garisan biru (U1). Jika harga telah melantun naik dan pada bila-bila masa selepas itu, harga menembusi U1, anda boleh close position buy dan short untuk target harga kembali ke dalam support zone.

Seandainya harga menembusi support zone (kotak ungu), untuk short term, anda boleh short FCPO dengan target 2251 (S1, 50% dari kenaikan sebelumnya) dan 2221 (S2)

Analis yang mudah menggunakan support & resistance. Follow profile saya untuk mengetahui lebih lanjut. Post soalan ada diruangan komen dan saya akan cuba jawabnya.

selamat berjaya!

my.tradingview.com/c...art/FCPO1!/zuuwDLd9/
交易結束:目標達成:
pergerakan harga telah menembusi kebawah uptrendlin, seterusnya menembus juga S1 dan kini telah hampir dengan S2. Hampir 30points (RM25x30 = RM750) untuk setiap lot yang anda short! tahniah. nnt boleh belanja saya, hehe..

kamarul fb.com/teropongbursa

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。