KENALI CORAK PATEN 3 ASKAR PUTIH DAN 3 GAGAK HITAM
- 3 askar putih ialah salah satu corak candlestick bullish /menaik manakala 3 gagak hitam pula salah satu corak candlestick bearish /menurun.
- Kedua-dua corak ini adalah salah satu tanda perubahan trend sama ada berubah daripada menurun ke menaik ataupun sebaliknya
1️⃣ 3 Askar Putih
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 batang lilin solid marubozu hijau.
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka perubahan trend menurun akan berubah menjadi trend menaik. Kebarangkalian besarnya, rally ataupun kenaikan akan berterusan sehinggalah lilin tanda
retrace/ bearish muncul seperti gravestone doji, hanging man dan sebagainya.
◼ Tambahan lagi, corak paten 3 askar putih ini haruslah disokong dengan volume yang meningkat secara average dan tiada unsur anomoly ( PVA Law).
2️⃣ 3 Gagak Hitam
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 solid marubozu merah .
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka keberangkalian perubahan trend menaik akan berubah menjadi trend menurun. Kebarangkalian besar juga, penurunan akan berterusan sehinggalah lilin tanda reversal/ bullish muncul seperti hammer,morning star dan sebagainya.
Nota
+ Bullish - Trend menaik
+ Bearish - Trend menurun
+ Marubozu - lilin penuh/solid
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。