FauziSaham

Pasaran Hadapan Emas Menarik!!

COMEX:GC1!   黃金期貨
Pasaran Hadapan Emas Comex menunjukkan pergerakan harga yang menarik. Di atas adalah carta mingguan.

Mula-mula kita dapat lihat dia berjaya membuat downtrendline breakout (garis hijau) pada 7 Ogos 2017. Kemudiannya ia patah trendline di bawah dan masuk balik ke atas trendline membentuk spring yang merupakan permulaan isyarat bullish yang kuat. Dan akhirnya dia berjaya menguji trendline (hitam bawah) sebagai sokongan (memantul semula) sekaligus menguatkan lagi isyarat bullish.

Sekiranya ia berjaya melepasi garisan tren pengumpulan, ini memberi isyarat fasa kenaikan (mark up) bermula. Saya melihat tidak sukar untuk ia melepasi halangan di 1573. Di halangan 1800 baru kemungkinan ia akan terhenti seketika samaada untuk membentuk corak head and shoulders atau corak pengumpulan semula yang lain sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan kemungkinan akan rally (kenaikan yang besar dan panjang).

Kenaikan ini biasanya akan mempengaruhi juga kenaikan kaunter-kaunter berkaitan emas dan juga indeks KLCI. Sama-sama kita perhatikan :)
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。