HIBISCS telah memecahkan trendline pendek disokong oleh volume yang kuat. Hibiscs juga telahpun memecahkan awan Ichimoku dan ini memberikan momentum bullish yang kuat kepada Hibiscs. Jika, Hibiscs berjaya memecahkan aras 0.710, ianya sangat menarik kerana dapat menutup gap down yang besar sebelum ini. Seterusnya Hibiscs akan cuba memecahkan garisan menurun 2 tahun (line biru) untuk mengesahkan pertukaran trend dari menurun (bearish) kepada menaik (bullish). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。