Kita jenguk pada carta 1 jam HLT dengan mengambil sokongan (0.220) dan rintangan (0.270) dari carta mingguan.
Jika menggunakan Bollinger Bands, jelas HLT telah membuat 3 gelombang impulsif sepanjang kenaikannya. Kebiasaannya, ia akan disambung dengan correction 'ataupun' perubahan sifat (seperti kenaikan dengan darjah kecerunan yang lebih tinggi).
Jika lihat dengan lebih teliti, terdapat satu median line untuk HLT iaitu 0.245. Ia juga adalah titik tengah untuk range 0.220 - 0.270.
0.245 ini lah menjadi kunci utamanya.
Sekiranya ia bertahan atas 0.245 dan melantun, maka besar kemungkinan dia akan pecahkan rintangan 0.270 dan memecut ke atas.
Namun sekiranya ia gagal bertahan atas 0.245, bakal menyaksikan correction berlaku, samaada dalam bentuk sideways dahulu ataupun terus pecahkan paras sokongan 0.220 dan menuju ke bawah.