Saham syarikat Intuit dilihat bergerak mendatar sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Terkini, kedudukan harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan garisan arah aliran menaik Selang harian menunjukkan pembentukan candle hammer dan morning star beberapa hari lalu menunjukkan kehadiran minat belian Namun jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan seakan membentuk corak carta pennant terbalik Walaubagaimanapun, volum dilihat rendah ketika lilin hijau morning star terbentuk menandakan kelemahan dalam sentimen Harga pada selang mingguan pula dilihat masih perlu melepasi rintangan dinamik MA50 sebagai rintangan terdekat Selagimana harga belum memecahkan corak carta, adalah selamat untuk dikatakan harga cenderung membuat penurunan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!