PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Kawan
1. Harga naik secara bentuk V selepas mencapai harga terendah 52 mingguan, RM0.815. 2. Harga berjaya mengatasi kesemua EMAs, tetapi gagal menebusi zon fibo utama 61.8% (RM2.65) selama beberapa bulan. 3. Harga mula menurun, harga semasa baru berada di bawah EMA jangka pendek dan zon fibo 50.0% (RM2.30). Ini tanda pertama penurunan harga selepas konsolidasi yang lama. 4. MACD mula menuju ke zon bearish dan makin bermomentum. 5. RSI masih di zon oversold, tiada tanda penarikan balik lagi.