Idea analisis: ~Teknikal~ - Setelah QES berjaya cross up MA 50, QES terus menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya. - Terkini, QES breakout dan mencipta ATH yang baru. - Selepas breakout, harga dilihat membuat retracement dan terbaru, harga betul² tutup di atas paras RBS. - Walaubagaimanapun, harga berkemungkinan juga untuk jatuh di bawah paras RBS kerana muncul signal 'strong bearish divergence' daripada indikator stochastic RSI. - Jika harga jatuh di bawah paras RBS, harga berkemungkinan akan menuju ke support dinamiknya iaitu MA 50. - Momentum penjualan harga yang kuat ini tidak mampu menjatuhkan harga kebawah MA 50 kerana minat pembelian yang masih lebih kuat. Kenyataan ini didokong oleh signal sebelumnya iaitu 'hidden bullish divergence'.
~Fundamental~ - Keuntungan QES pada quarter terkini adalah paling tinggi berbanding 10 quarters sebelumnya. Ini mendorong QES untuk mencatatkan keuntungan YoY sebanyak 230.22% - Perolehan juga adalah tertinggi dan untuk QoQ, perolehan QES meningkat sebanyak 32.28%. Walaubagaimanapun, perolehan QES yang terkini masih belum mampu mengatasi perolehan pada Q1 2019.
Nota kaki: * ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai. * Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan. * RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan. * Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high). * Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low). * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.