RCECAP beberapa minggu dagangan yang lalu dilihat mencari sokongan setelah harga gagal melepasi rintangan
Jika diperhatikan pada selang masa mingguan, harga dilihat telah membentuk corak carta puncak berganda 'double top' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah Petunjuk RSI mingguan juga dilihat mengesahkan pembentukan corak carta ini dengan membentuk 'exaggerated bearish dievergence' ketika puncak kedua terbentuk Analisa volum juga mendapati jumlah penyertaan semakin berkurang bermula sejak terbentuknya puncak berganda tersebut Sejak dari itu harga dilihat membuat penurunan dan kini berada di atas paras sokongan dinamik EMA20 mingguan Sekiranya harga gagal bertahan di atas sokongan, berkemungkinan harga akan terus membuat kejatuhan mencari sokongan seterusnya
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!