Saham syarikat Tesla dilihat memecahkan rintangan mendatar beberapa hari dagangan yang lalu
Harga sebelum ini dilihat membuat kejatuhan di bawah sokongan sekaligus membatalkan idea corak carta cawan dan pemegang
Volum dilihat tinggi ketika harga membuat kejatuhan menunjukkan minat jualan yang tinggi mengatasi minat belian
Harga pada selang mingguan berada di bawah MA50 mingguan menguatkan kebarangkalian haraga cenderung melakukan kejatuhan
RSI pada selang harian dan mingguan juga dilihat belum menunjukkan momentum kekuatan kenaikan
Namun tidak mustahil juga hasil perolehan dalam masa terdekat mampu memberi impak terhadap saham syarikat ini
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。