YBS dilihat bergerak dalam fasa mendatar selepas harga melakukan jurang kenaikan beberapa hari dagangan yang lalu
Harga terkini dilihat tutup di bawah paras rintangan harga yang tercipta hasil daripada jurang kenaikan harga yang lalu
Jika dilihat pada petunjuk RSI harian, kaunter ini dilihat mempunyai momentum sekiranya ia ingin memecahkan rintangan
Pergerakan harga pada ketika ini dilihat disokong kuat oleh sokongan dinamik EMA20 pada selang masa harian
Breakout menarik untuk diperhatikan sekiranya disertai dengan volum minat belian yang tinggi
Namun pedagang juga perlu berhati-hati dengan breakout palsu yang mungkin terjadi
Perlu juga diperhatikan jumlah volum dan sebarang divergence selepas berakhirnya dagangan pada hari ini
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
免責聲明
這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在
使用條款閱讀更多資訊。