PeterTing

MRCB - SILA RUJUK KEPADA "FIBONACCI KEY RESISTANCE LEVELS"

MYX:MRCB   MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD
Salam kepada semua.

Penantian berita pengambil-alihan EDL (Eastern Dispersal Link oleh kerajaan daripada MRCB telah membuahkan hasil apabila pengumuman itu dibuat semasa pembintangan Budget 2019 dan justeru itu harga MRCB melonjak.

Link - www.theedgemarkets.c...keover-edl-boon-mrcb

Ikutilah post yang saya buat semenjak Oct 29.

Link -
Saya nyatakan (berdasarkan ilmu teknikal analisa) bahawa fasa pengumpulan dikesan berlaku di antara 0.68 – 0.72. Jelas ini adalah usaha untuk membawa aksi di Budget 2019 nanti.

Pada Nov 2 - Harga MRCB melonjak tinggi, dan tutup pada 0.76. 25K lot bertukar tangan semasa sesi "pre-closing" berlaku pada 4.50 petang.

Justeru itu, dengan serta-merta saya membuat ulasan sekali pada Nov 2 dan saya juga nyatakan dengan jelas paras rintangan menggunakan Fibonacci (Key Resistance Levels through Fibonacci). Jelas saya sebutkan bahawa jika harga kekal atas 0.75, target seterusnya akan menuju pada 0.80.

Link -
Pada hari ini juga Nov 5, di sesi pagi niaga, MRCB mencatat harga tertinggi pada 0.805.

Harga rintangan seterusnya ialah 0.84 jika harga dapat kekal atas 0.80 pada hari ini.

Sila ikutilah ruangan ini untuk ulasan ulasan yang dapat kita manfaat dalam Bursa Malaysia. Sila berikan saya "like" anda jika anda suka membaca ulasan yang tertera di ruangan ini sebagai dorongan buat saya.

Terima kasih semua.

Sekian



免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。