ChannelTrend

GBGQRS melepasi downtrend line

MYX:GBGAQRS   GABUNGAN AQRS BERHAD
Pada 31 Disember, akhir tahun bagi tahun 2018 kaunter GBGQRS telah membuat Window Dressing, pastinya Window Dressing hanya bersifat sementara. Namun kebetulan, WD yang telah dibuat GBGQRS telah melepasi downtrend line, dan paling penting apabila kaunter ini membuat retracement, dia mestilah tidak turun semula bawah garisan downtrend dan membuat pattern HHHL untuk perubahan trend. Tahniah pada yang profit kaunter ini, signal momentum pillar telah pun keluar pada kaunter ini pada harga 0.730 dan high kaunter ini ilah pada harga 0.930 iaitu sebanyak 20 sen kenaikan. Untuk yang beli di puncak hendaklah berhati-hati, kerana sudah tentu kenaikan yang banyak akan disusuli dengan penurunan yang banyak.

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。