ChannelTrend

FPGROUP momentum masih lagi kuat

看多
MYX:FPGROUP   FOUNDPAC GROUP BERHAD
- Signal permulaan kenaikan kaunter ini pada 6/6/2018 dan sehingga kini kaunter ini masih meneruskan kenaikan walaupun sudah melebihi 100% keuntungan, tahniah bagi mereka yang sudah membuat pembelian sejak daripada awal signal. Bagi mereka yang belum, jangan bersusah hati, kaunter ini masih lagi dalam keadaan uptrend dan masih kuat momentumnya, ini dapat dilihat daripada red chip pada indikator MCDX. Tentukan entry yang sesuai dengan anda sama ada pullback entry atau pun breakout entry. Jaga support dan tentukan target anda.
- Rintangan terdekat yang perlu dihadapi kaunter ini adalah pada harga 0.415.
- Support terdekat pada 0.390/0.350.

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。