QL RESOURCES BHD
看多

QL : Menunggu Breakout

229
QL merupakan pemilik FamilyMart di Malaysia. Masih banyak ruang untuk meluaskan perniagaan yang menarik ini di Malaysia.

Yang pastinya, pembukaan FamilyMart telah menyebabkan SEM (7-Eleven Malaysia) menaiktaraf kesemua stor mereka. Ada ruangan tempat istirehat dan makan didalam kedai.

Market cap SEM sekarang ini adalah RM1.8billion (dengan 1905 cawangan). FamilyMart sekarang ada kurang dari 60 cawangan.

QL target untuk membuka 500 cawangan sepanjang 5 tahun (bermula 2016). Jadi masih ada peluang yang besar untuk QL.

QL sesuai untuk sesiapa yang menyukai pelaburan jangka panjang dan rendah risiko disebabkan oleh revenue yang banyak disumbangkan oleh sektor agro-makanan (telur, surimi) yang telah diceburi QL.

QL telah sideway hampir 3 bulan. Mungkin masanya sudah sampai untuk kembali mendaki.

Beli sekiranya QL berjaya tutup diatas 6.08.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。