Pelabur

WCT - Perubahan Trend berdasarkan H&S Terbalik

看多
MYX:WCT   WCT HOLDINGS BERHAD
Pada 14 Mei 2018 carta WCT Holdings Bhd (WCT) telah mengalami kejatuhan Limit Down sebanyak -29.69%. Selepas daripada tarikh tersebut cubaan harga semasa untuk menutup Gap tersebut tidak berjaya sehingga kini.

Di sebalik itu, dalam perspektif chart pattern WCT pula, carta menunjukkan pembentukan Head & Shoulders terbalik yang mengukuhkan lagi fasa perubahan pada trend semasa iaitu dari downtrend ke uptrend. Harga target berdasarkan chart pattern tersebut ialah pada paras RM1.54. Selain itu, berdasarkan analisa volume pula terdapat kenaikan dari segi penyertaan jumlah transaksi bermula dari bulan April 2019 yang menunjukkan kenaikan harga tersebut disokong oleh permintaan yang semakin meningkat. Dalam hal ini, perubahan trend ini disokong oleh pandangan positif pelabur pada perubahan rancangan pembangunan negara (sebagai contoh pelan pembangunan Bandar Malaysia dan ECRL).

Dari segi fundamental, portfolio WCT Holding Bhd mempunyai rekod penglibatan dan pengurusan yang baik dalam pembangunan infrastruktur negara seperti pengurusan operasi lebuh raya, pembangunan lapangan terbang, empangan hidro-elektrik dan lain-lain.

Idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)

Entry: Di paras support
Support: RM0.98 (untuk entry boleh pantau juga RM1.01 menggunakan kaedah RBS)
Resistance: RM1.06
Target 1: RM1.06
Target 2: RM 1.70

Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。