BTCUSDT dilihat bergerak dalam trend menurun mematuhi saluran penurunan setelah harga membuat kejatuhan pada beberapa minggu dagangan yang lalu
Harga ketika idea ini ditulis berada berdekatan paras sokongan saluran menurun Petunjuk RSI harian dilihat sudah berada di paras 'oversold' menunjukkan paras minat jualan berkemungkinan sudah mencapai paras maksima Justeru, tidak mustahil harga akan cuba membuat kenaikan untuk terus bertahan di atas sokongan saluran Pedagang jangka masa pendek boleh memanfaatkan keadaan ini untuk membuat keuntungan jangka masa singkat Adalah perlu diingat, pergerakan pada selang masa lebih besar belum menunjukkan sebarang isyarat kenaikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!