zulnureen

DJI: Indeks v. Petunjuk

看多
DJ:DJI   道瓊工業平均指數
Cara Paling mudah untuk melihat ke mana arah masa depan Indeks mahu pun harga saham ialah dengan melihat perbandingan arah Indeks/harga da arah petunjuk.

Secara mudah, melihat pada Ichimoku, pada petunjuk harian, DJI telah pun jatuh di bawah awan yang menandakan bahawa DJI sedang dalam gerakan jatuh, dan ini di sokong oleh carta mingguan yang menunjukkan DJI telah pun memasuki awan.

Secara perbandingan Indeks dan petunjuk MACD, telah pun kelihatan perbezaan antara arah Indeks dan petunjuk yang memberi tanda bahawa DJI bakal dan mungkin akan alami kejatuhan.

Agak menakutkan apabila melihat pada aras kemungkinan sokongan pada petunujuk Ichimoku. kalau menurut carta petunjuk Ichimoku, paras sokongan kritikal ketika ini ialah pada paras 23500, paras DJI di 23,500 ini adalah amat kritikal, jika paras ini di tembusi dan DJI gagal naik kembali, berkemungkinan besar satu kejutan kejatuhan akan berlaku yang mana berjangkit sehingga pasaran dunia yang lain juga akan merasai kejutan nya.

Jika ini benar berlaku, paras sokongan berikutnya ialah di paras 19,000
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。