Abang_Doji

Dufu - 5 Gelombang telah Lengkap

MYX:DUFU   DUFU TECHNOLOGY CORP. BHD
Perkongsian Idea Gelombang Elliott untuk Dufu -

Dufu kelihatan sudah menyiapkan 5 gelombang untuk gelombang 1 dari 3. Gelombang ketiga adalah gelombang yang paling panjang dan penuh momentum, bermakna saham ini sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. (Faktor fundamental perlu diambil kira, potensi sektor cakera keras dll).

Jumaat lepas Dufu telah berjaya memecahkan paras halangan 0.618% fibo (hubungan gelombang 5 = 0.618% gelombang 1-3). Paras penutupan mingguan ini kelihatan kuat.

Bagaimanapun, sekiranya Dufu memecahkan laluan menaik di kotak biru, itu menandakan bahawa gelombang 1 telah tamat dan gelombang kedua telah bermula.


Abang Doji
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。