lemylockhart

20/4/2022 EUR/USD - MENINGKAT DISEBABKAN KOMEN "HAWKISH"

看空
FOREXCOM:EURUSD   歐元 / 美元
Dalam sesi temubual Bloomberg, wakil ECB Martins Kazaks menyatakan kemungkinan kenaikan kadar berlaku pada Julai dan bank pusat bertindak secara tersusun tidak bermakna mereka tidak bertindak. Gabenor Bank Pusat Latvian menambah lagi, ECB tidak perlu menunggu kenaikan pertumbuhan pendapatan dan 'sifar bukanlah had untuk kemudahan kadar deposit'. Nada "hawkish" yang merubah nada lembut "dovish" dalam mesyuarat ECB minggu lalu, memberikan galakan kenaikan kepada Euro walaupun masih di dalam tahap penurunan.

Kenaikan harga yang menembusi garisan trend terkini memberi kesempatan untuk penjual mencari peluang di tahap sokongan menjadi rintangan pada harga 1.0950. Walaupun berlaku kenaikan, EUR/USD masih lagi belum memberi isyarat kenaikan penuh.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。