AmmarAbdSamat

FBMKLCI dan Hukum Newton Ke-3 : Satu Kebetulan?

教育
FTSEMYX:FBMKLCI   富時吉隆坡綜合指數

1. Di sini sy hendak berkongsi sesuatu pemerhatian yg menarik.

2. Hukum Newton Ke-3 mengatakan bahawa untuk setiap tindakan, terdapat tindak balas yang sama pada arah bertentangan.

3. Fenomena yg bersesuaian dengan hukum ini adalah apabila anda melantunkan bola. Semakin tinggi jarak anda melepaskan bola tersebut, semakin tinggi lantunan itu.

4. Kita juga boleh menerangkan apa yg terjadi pada FBMKLCI dgn menggunakan hukum ini.

5. Jika kita lihat pada kejatuhan pada bulan Mei, kejatuhan tersebut boleh dikatakan kejatuhan yg menjunam dan laju. Selepas itu, lantunan yg terhasil juga tinggi dan kelihatan dengan gagah terbang ke atas.

6. Kejatuhan pada bulan Oktober pula dilihat sebagai kejatuhan yg perlahan dan agak bersahaja. Apabila indeks berjaya menjumpai paras sokongan yg terkuat di masa hadapan, sy menjangkakan lantunannya juga bersifat perlahan dan bersahaja. (Jika indeks mengekalkan kejatuhan yg sopan ini, lantunannya juga sopan)

7. Perbezaan kepada dua kejatuhan ini adalah 'angle'/'gradient' kejatuhan yg amat memainkan peranan dlm lantunan yg akan terjadi.

8. Kejatuhan Mei (71°) lebih curam berbanding kejatuhan Oktober (54°). Semakin curam jatuhan, semakin kuat lantunan.

9. Ini adalah pandangan peribadi. Anda berhak utk tidak bersetuju. Sy cuma berkongsi pendapat dari perspektif fizik.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。