bookmapgold

GBPUSD Cari Peluang Sell

看空
FX:GBPUSD   英鎊 / 美元
GBPUSD pada timeframe daily D1 seperti jangkaan pada analisa semalam telah membuat kenaikan sehingga ke zon resisten (1.24957 – 1.26411). Melihat pada harga semasa kini ia dijangka membuat penurunan semula jika ia tidak meneruskan kenaikan melepasi di atas zon resisten tersebut. Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell dengan MM yang ketat berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Pastikan meletakkan Stop Loss SL atau cutloss jika ia meneruskan kenaikan sehingga melepasi di atas zon resisten. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam kawasan zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。