lemylockhart

2/6/2022 PENGEMBALIAN HARGA KEPADA TREND KENAIKAN GBP/USD

FOREXCOM:GBPUSD   英鎊 / 美元
Setelah laporan Hasil Perbendaharaan AS dikeluarkan, GBP/USD melakukan penurunan dalam kenaikannya sebelum ini. Hal ini ditambah lagi dengan inflasi yang melanda UK dan juga suasana ekonomi UK yang tampak suram. Keadaan ini menjadikan kenaikan GBP/USD sebelum ini kelihatan hanya sementara kerana penjualan yang berlangsung. Sekalipun begitu, harga pada pasaran hari ini kembali kepada harga pembukaan minggu ini. Faktor NFP pada hari esok juga mempengaruhi pasaran yang berbolak-balik.

Setelah garisan trend kenaikan ditembusi, GBP/USD melakukan terjunan setelah gagal bertahan pada paras rintangan R1 pada minggu ini. Walaupun begitu, harga juga gagal melakukan penurunan kepada paras sokongan S1 yang menjadikan pasaran belum ada penanda arah nyata. Pergerakan harga ini akan dipengaruhi oleh laporan NFP pada hari esok yang mana sekiranya laporan baik dikeluarkan, penjualan GBP/USD akan diteruskan lagi.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。