lemylockhart

25/5/2022 GBP/USD DALAM PEMBETULAN

FOREXCOM:GBPUSD   英鎊 / 美元
Walaupun data dari UK minggu ini tidak memberikan sebarang berita baik, kenaikan GBP/USD masih berterusan ekoran dari kelemahan Dolar AS. Kenaikan ini tidak langsung memberi peluang kepada GBP/USD untuk melakukan pembetulan harga setelah mengalami kejatuhan teruk berminggu-minggu sebelum ini.

Kenaikan ini berlaku setelah harga berjaya menembusi garisan trend penurunan yang menjadikan harga 1.2270 sebagai sokongan. Kenaikan ini diteruskan lagi setelah harga mengesahkan 1.2369 sebagai sokongan seterusnya. Walaupun begitu, perlu berwaspada sekiranya ingin melakukan pembelian kerana rintangan R1 adalah rintangan utama dari sudut teknikal dan sekiranya harga berjaya ditembusi, kenaikan akan diteruskan selanjutnya.

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。