Pak_Din

HLT- Cubaan untuk kembali atas garisan menaik

MYX:HLT   HLT GLOBAL BERHAD
Sektor/Bidang perniagaan:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- Sebagai rujukan carta harian kaunter HLT , HLT dalam cubaan untuk memasuki semula kawasan di atas garisan menaik.
- Volume belian mulai masuk namun masih kurang untuk mewujudkan momentum yang kuat.
- Stoch dan RSI mula mendongak ke atas. Salah satu tanda yang positif.
- Paras harga HLT betul-betul berada di garisan uptrend. Sama ada berlakunya rebound ataupun meneruskan kejatuhan bergantung kepada volume .

Dari sudut fundamental

- Secara keseluruhannya, syarikat HLT merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk sarung tangan yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan sempena musim covid-19.

- Perbandingan Q1 2021 menunjukkan HLT mengalami keuntungan besar iaitu sebanyak 12.14 juta berbanding Q4 2020 iaitu sebanyak 6.1 juta.

- EPS semasa syarikat iaitu 3.60 membuktikan stok HLT adalah stok undervalue.
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。