3 Jun 2020- Pattern Seakan Symmetrical Triangle di MELEWAR

已更新
Kaunter ini dalam sektor Produk dan Perkhidmatan Industri (Industrial Product & Services) dengan sub-sektor besi (Metals).
Pembukaan semula sektor ekonomi termasuk sektor pembinaan boleh menjadi catalyst untuk menyokong kenaikan harga di kaunter ini.
Dari segi analisis fundamental, rating agak baik. Cuma rekod kewangan nampak belum konsisten. Boleh dipertimbangkan untuk swing short term.

Number of Share: 359.42m
P/E Ratio: 1.87
ROE (%): 12.91

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Stochastic RSI berada di paras neutral.
Seakan terbentuk symmetrical triangle dari corak carta. Jika breakout triangle ini, akan ada potensi untuk meneruskan kenaikan. Pattern 2 candle terakhir juga seperti tweezer.

Sokongan: 0.200
Rintangan 1: 0.245
Rintangan 2: 0.280
Rintangan 3: 0.310

Ini hanya sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #melewar #FIAR #jun20
註釋
harga menunjukkan rebound tetapi masih belum pecahkan triangle
Chart PatternsfiarTechnical Indicatorsjun20mahersahammelewarTrend Analysis

免責聲明