MK LAND HOLDINGS BHD

MKLAND Dalam Cubaan Menukar Trend dari Menurun kepada Menaik

589
MKLAND membuat kenaikkan yang tinggi iaitu sebanyak 8 sen dalam sehari disokong oleh volume yang sangat besar pada 6 April 2020 yang lalu tetapi reject garisan EMA200. Kemudian berehat selama empat bulan membuat fasa pengumpulan sebelum kembali membuat kenaikkan gap up memecahkan aras rintangan yang kuat di 0.135, garisan EMA200, Bollinger Band breakout dan memecahkan garisan menurun 5 tahun (5yrs DTL) disokong oleh volume yang kuat pada minggu lepas (Khamis 30 Julai 2020). Hari ini MKLAND berehat untuk profit taking tetapi bertahan diatas garisan EMA200. Jika mampu untuk naik ke atas aras 0.155, MKLAND seterusnya akan mencari garisan menurun 6 tahun (6yrs DTL) di aras 0.225 - 0.240 lebih kurang untuk dipecahkan. Jika berjaya, MKLAND akan menukar trend dari menurun kepada menaik. Menarik untuk diperhatirapatkan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。