Meem

NFLX: Mampukah Membuat Kenaikan?

NASDAQ:NFLX   Netflix, Inc.
Saham syarikat Netflix dilihat bergerak membuat kenaikan hasil daripada keputusan perolehan positif beberapa hari dagangan yang lalu

Terkini harga dilihat membuat kenaikan memecahkan corak carta segi tiga yang terbentuk setelah harga membuat kejatuhan beberapa bulan lalu
Kehadiran volum dapat dilihat lebih tinggi berbanding paras purata volum harian ketika harga membuat kenaikan
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat baharu seakan hendak membuat kenaikan semula daripada paras 'oversold'
Walaubagaimanapun MA20 mingguan dilihat bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat (tidak ditunjukkan)
Pergerakan harga jika dilihat dari carta bulanan dilihat masih bergerak di dalam saluran menaik (tidak ditunjukkan)
Menarik sekiranya harga meneruskan kenaikan diiringi dengan volum belian

Dapatkah harga meneruskan kenaikan semula? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。