NYSE:OXY   Occidental Petroleum Corporation
Saham syarikat Occidental Petroleum Corporation dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Namun, jika diperhatikan pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta baji menaik
Melihat pada selang masa mingguan,petunjuk RSI juga dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought'
Volum penyertaan juga dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat kenaikan menunjukkan berkurangnya minat belian
Hal ini juga bertentangan dengan prinsip teori Dow (6 tenets of Dow theory) yang mana volum perlu mengesahkan pergerakan trend
Namun tidak mustahil untuk harga terus membuat kenaikan sekiranya terdapat pemangkin yang menolak kenaikan harga
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana corak carta belum dipecahkan

Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。