Meem

PYPL: Ke Mana Halatuju?

NASDAQ:PYPL   PayPal Holdings, Inc.
Saham syarikat PayPal dilihat bergerak dalam trend menurun sejak setahun dagangan yang lalu

Terkini pergerakan harga dilihat baharu sahaja memecahkan corak carta baji 'wedge' beberapa hari sebelum ini
Walaubagaimanapun, volum dilihat hanya berada di paras purata harian ketika harga memecahkan rintangan berkenaan
Harga dilihat masih perlu melepasi rintangan dinamik MA50 dan MA200 mingguan untuk kembali dalam trend menaik (tidak ditunjukkan)
Berkemungkinan kenaikan ini hanyalah lantunan teknikal jika dilihat pada RSI mingguan yang dilihat membuat 'divergence' (tidak ditunjukkan)
Namun, tidak mustahil juga hasil perolehan yang akan diumumkan akan menjadi pemangkin untuk harga kembali membuat kenaikan
Selagimana harga belum menunjukkan kekuatan kenaikan, adalah selamat untuk harga dikatakan masih cenderung meneruskan kejatuhan

Ke mana halatuju harga sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
免責聲明

這些資訊和出版物並不意味著也不構成TradingView提供或認可的金融、投資、交易或其他類型的意見或建議。請在使用條款閱讀更多資訊。